CARA QADA SOLAT YANG TERTINGGAL, SEKALI ANDA SHARE MUNGKIN DAPAT MENGINSAFKAN BERIBU INSAN YANG TIDAK TAHU TENTANG INI
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu
merupakan kewajipan yang Allah suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun
Islam yang ke2. Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Kita manusia
akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah
suruh.
Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal
solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin
mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering
tinggal solat walaupun sudah baligh dulu..
Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita,
mungkin Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk
bertaubat. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita
tinggal dulu. Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun
kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah. Ok, apa yang mesti kita tahu
tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat?
Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang
ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada
solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan
sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”.
Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat
sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri
menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau
terlupa.Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak
perlu sebut perkataan qadha semasa niat.
Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan
tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai
“waktu Allah”, qadha “waktu kita” Dari ‘Aisyah r.a katanya:
”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya
kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua
belas rakaat.” (Muslim)Cara niat Qada bagi solat fardu lima waktu pula
ialah:Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah
Ta’ala”Solat Zuhur:“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana
Allah Ta’ala”Solat Asar:“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana
Allah Ta’alaSolat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana
Allah Ta’ala”Solat Isyak:“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’
kerana Allah Ta’ala”Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja
dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu),
perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan
melakukan solat taubat?
Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada
dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah
tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah
ditinggalkannya.
Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa
banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran
berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat
itu sudah diqada kesemuanya.
Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu
lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.Selain
itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada
semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?
Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat
itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf
dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan
bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan
diampuni dosa-dosanya.
Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan
pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini
bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah
SWT.Wallahualam…….
Sumber: dakwahtv
0 komentar:
Posting Komentar